Pelajar SK.Kimanis Papar adalah diantara 55 buah sekolah yang terpilih
Writing by admin on Saturday, 20 of March , 2010 at 5:13 pm
Pelajar SK.Kimanis Papar adalah diantara 55 buah sekolah yang terpilih untuk menerima sumbangan Portal Pendidikan Online Mystar semasa pelancaran Potral Pendidikan peringkat Negeri Sabah di Plaza Tg.Aru Kota Kinabalu.
Majlis Pelancaran tersebut telah di sempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah YB.Datuk HJH.Jainab Datuk Seri Panglima Hj.Ahmad Ayid.
Mystar-A merupakan sebuah produk e-Pendidikan yang dimiliki oleh Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. iaitu dimiliki 100% oleh bumiputera. Ia ditubuhkan di utara semenanjung iaitu di negeri Kedah Darul Aman. Penyelidikan dan pembangunan Portal Mystar-A telah dibangunkan pada awal tahun 2007, sempena menyahut seruan kerajaan dalam menggabungkan pendidikan dan ICT. Mystar-A merupakan pendidikan berteraskan ICT yang menggabungkan ”website + education = webucation”.
Tujuan utama penubuhan Mystar-A adalah untuk membantu para pelajar mencapai kemajuan di dalam bidang pendidikan dan teknologi serta membantu para pelajar yang kurang berkemampuan. Portal Mystar-A membantu pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dalam semua mata pelajaran mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Mystar-A menyediakan elemen-elemen seperti MyTopik,MyLatih Tubi, MyPeperiksaan , MyArkib Soalan , MyNota, MyKamus, MyCemerlang, MyKad Laporan , MyKertas II.
Mystar-B merupakan produk ke-2 yang berbentuk e-Pendidikan keluaran Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. Produk ini difokuskan untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Penyelidikan dan pembangunan portal ini telah dilakukan pada penghujung tahun 2008. Kanak-kanak boleh belajar dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Thai dan Bahasa Jepun. Tujuan utama penubuhan Mystar-B adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak serta menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Selain itu, portal Mystar-B juga dapat memberi kemudahan kepada kanak-kanak untuk belajar dari peringkat permulaan dan pembelajaran diajar dengan mudah dari peringkat ke peringkat.
Skop pembelajaran di pecahkan kepada 4 bahagian iaitu anggota badan, haiwan, objek dan warna. Ia mempunyai koleksi gambar dan juga sebutan yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Konsep yang diterapkan didalam Mystar-B ialah konsep 3M iaitu MELIHAT, MENDENGAR dan MEMAHAMI.Antara topik yang dimasukkan ke dalam portal ini ialah kaedah mengenal , Huruf,Nombor, Objek, Haiwan,Warna, Buah-buahan Anggota badan manusia.
Category: BERITA SEMASA
- Add this post to
- Del.icio.us -
- Meneame -
- Digg
No comments yet.







