“Kita Juara Rakyat “
Writing by admin on Tuesday, 16 of March , 2010 at 7:40 pm
KIMANIS: “Kita Juara Rakyat “,walaupun UMNO mempelopori program Juara Rakyat tetapi ia melibatkan semua kaum dengan perjuangan berterusan untuk kepentingan masyarakat keseluruhannya.Kata Wakil Rakyat Bongawan YB.Datuk Hj.Karim Hj.Bujang ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat P.176 Kimanis anjuran biro Kebudayaan Dan Perpaduan Umno Bahgian di dewan mini Kg.Brunei Kimanis Baru-baru ini.
Karim juga berkata, semua ahli dan para pemimpin jangan terlalu bermain politik, berangan-angan dan bermimpi untuk menjadi wakil rakyat kerana sekiranya tanggungjawab yang diamanahkan benar-benar dilaksana maka parti sendiri akan menilai dan memberikan kepercayaan.
Sehubungan dengan itu, kedudukan kita adalah kerana kehendak dan restu rakyat selaras sebagaimana sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan lantas apabila rakyat memberi isyarat dan teguran maka kita tahu apa yang perlu kita buat,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO sendiri bukanlah parti sambil lewa sebaliknya sedar bahawa rakyat mempunyai kuasa dalam menentukan kepimpinan Negara, jangan sesekali kita sombong dan mendabik dada kerana pemimpin hanya akan berada di atas apabila di sokong rakyat dan apabila rakyat tidak memberikan sokongan maka tentunya pemimpin akan tersungkur.
“Kita mesti menyusun langkah untuk memastikan dan memperlihatkan bahawa kita adalah parti yang sentiasa merasai denyutan nadi rakyat sepanjang masa,” katanya.
Pelbagai aktiviti telah di jalankan semasa program juara rakyat anjuran biro kebudayaan dan perpaduan Umno bahagian P.176 Kimanis.
Category: BERITA SEMASA
- Add this post to
- Del.icio.us -
- Meneame -
- Digg
No comments yet.






