sss

plan

Writing by admin on Sunday, 13 of May , 2012 at 2:32 pm

Leave a comment

Category: BERITA SEMASA

Guru Penyayang 2012

Writing by admin on Thursday, 5 of April , 2012 at 5:57 am

Leave a comment

Category: BERITA SEMASA

Majlis Sambutan Krismas Bersama PETRONAS

Writing by admin on Thursday, 15 of March , 2012 at 12:20 pm

PAPAR: Lebih kurang 300 penduduk disekitar Kg. Penampang Baru, Ulu Kimanis termasuk kanak-kanak hadir ke majlis sambutan Krismas bersama PETRONAS baru-baru ini. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Projek Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT), En. Noor Ilias Mohd Idris. Dalam ucapan beliau, sambutan ini adalah yang pertama kali diadakan oleh projek SOGT sempena perayaan hari Krismas yang akan menjelang tidak lama lagi. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa majlis seumpama ini adalah bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan merapatkan hubungan baik diantara Petronas dengan penduduk Kg. Penampang Baru. Beliau juga percaya bahawa dengan kehadirannya projek SOGT ini akan sedikit sebanyak akan membawa perubahan positif bagi penghidupan penduduk disini.

Dalam majlis tersebut, PETRONAS menyumbangkan barangan keperluan harian termasuk beras, biskut, gula dan lain-lain keperluan lain kepada 80 orang penduduk yang terdiri daripada warga emas, pesakit, orang kurang upaya dan ibu tunggal sebagai hadiah Krismas pada tahun ini. Disamping itu, PETRONAS turut memberi sumbangan kepada pelajar cemerlang kepada adik Betsy Bernard yang telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pemberian hadiah tersebut juga adalah sebagai dorongan kepada kanak-kanak yang lain untuk turut berusaha bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang.

YB Datuk Karim Hj. Bujang, ADUN N23 Bongawan yang telah dijemput hadir sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan majlis tersebut turut memberikan ucapan dimana beliau menyokong hasrat PETRONAS yang ingin mendekati masyarakat sekitar dengan mengadakan majlis-majlis perayaan seumpama ini. Beliau turut menyatakan kehadiran PETRONAS ke Kimanis sememangnya dijangka akan membawa perubahan ekonomi yang besar khasnya kepada penduduk Kimanis dan Negeri Sabah amnya.

Ketua Kampung Kg. Penampang Baru, Puan Vianney Mooi di dalam teks ucapannya menyatakan bahawa beliau tidak menjangka PETRONAS memilih kampung dibawah jagaannya sebagai penerima hadiah krismas pada tahun ini. Pemberian hadiah Krismas kepada penduduk-penduduk dikampungnya amat bernilai sekali dimana ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan para penerima pada musim perayaan ini. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada penyelaras majlis yang terdiri daripada pengurus dan pegawai dari Alliance Integrated Team (AIT) yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Leave a comment

Category: BERITA SEMASA

Kerajaan tidak pilih kasih dalam mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Writing by admin on Thursday, 9 of February , 2012 at 2:18 pm

9th February, 2012KIMANIS: Kerajaan tidak pilih kasih dalam mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat meskipun ada di kalangan pemohon bantuan berkenaan menyokong parti pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan, Datuk Karim Bujang, berkata syarat BR1M sebanyak RM500 itu merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga tinggal serumah dan mempunyai pendapatan kasarRM3,000 dan ke bawah.

“Sama ada pemohon berkenaan menyokong kerajaan atau sebaliknya (pembangkang) itu bukan syaratnya. Tetapi ia merujuk kepada pendapatan ketua isi rumah apabila pendapatannya kurang daripada yang ditetapkan maka dia secara automatik layak menerima BR1M.

“Saya percaya daripada beribu pemohon BR1M ada juga yang menyokong pembangkang tetapi kerajaan tetap bagi. Ini membukitikan bahawa kerajaan tidak pilih kasih dalam mengagihkan bantuan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan BR1M di Kampung Batu bandung dan Kampung Daingin Simpang Kiri di sini, baru-baru ini. Seramai 81 pemohon dari dua kampung terbabit menerima BR1M.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Bongawan, Mohd Zainal Matai dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Bongawan, Sinidol Anjun.

Karim yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kimanis menasihatkan supaya pemohon yang tidak menerima bantuan itu supaya merujuk perkara itu kepada Pejabat Daerah Papar atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) “Saya juga menerima aduan daripada beberapa pemohon yang mengadu tidak dapat bantuan berkenaan. Jangan gaduh pasal ini RM500 sekiranya kita layak memang kita dapat, jangan susah.

“Pastikan borang BR1M diisi lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN. Permohonan yang layak akan menerima bantuan berkenaan sebaliknya kalau tidak berjaya memang tidak layak,” katanya.

Untuk rekod, bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dianggarkan pemohon BR1M hampir 3,000 orang dan difahamkan seramai 1,300 orang sudah menerima bantuan berkenaan.

Karim berkata penyerahan BR1M akan diteruskan sehingga Mac mengikut peringkat dan rakyat tidak perlu risau.

“Saya nasihatkan kepada pemohon yang belum menerima bantuan pada hari ini balik rumah diam-diam di rumah, marah dari pagi sampai petang, darah tinggi naik. Berfikirlah secara logik dan baik, pergilah ke Pejabat Daerah bertanya,” katanya. ( New Sabah Times )

Leave a comment

Category: BERITA SEMASA

UMNO KIMANIS PERLU BERSATU

Writing by admin on Tuesday, 7 of February , 2012 at 2:51 pm

MENTERI Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mahu anggota Umno, terutama di kawasan Parlimen Kimanis, supaya bersatu padu dan bergerak sebagai satu pasukan bagi memastikan parti itu meraih kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Ketika membuat seruan itu, beliau berkata perpaduan merupakan kunci utama kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menghadapi cabaran PRU-13 yang dianggap paling getir dalam sejarah pilihan raya umum negara.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, berdasarkan rekod keputusan pilihan raya lepas yang baik dan maklum balas terkini yang diterima Umno bahagian Kimanis, parti itu berada di landasan yang cukup kondusif untuk mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis dan dua kerusi DUN di kawasan Parlimen itu iaitu Bongawan dan Membakut.

“Soal sama ada seseorang wakil rakyat itu anak jati tempatan atau sebaliknya seharusnya tidak timbul. Apa yang penting ialah sumbangan atau impak daripada perkhidmatan wakil rakyat terutama daripada segi pembangunan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat kesiap siagaan jentera pilihan raya Parlimen Kimanis di Pejabat Perhubungan Umno Kimanis di pekan Bongawan, dekat sini hari ini.

Turut hadir Adun Bongawan Datuk Karim Bujang yang juga Timbalan Ketua Bahagian Umno Kimanis dan Naib Ketua Bahagian itu yang juga Adun Membakut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif. Menteri Luar yang juga Ketua Bahagian Umno Kimanis Datuk Seri Anifah Aman kini berada di luar negara untuk tugasan rasmi.

Md Isa yang merupakan ‘Bapa Angkat’ kepada Umno Bahagian Kimanis, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan akhbar beberapa anggota Umno bahagian itu baru-baru ini yang mahu Anifah, anggota Parlimen Kimanis, diganti dengan anak jati tempatan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata sokongan Umno bahagian dan rakyat Kimanis yang kuat terhadap Anifah, Karim Bujang dan Mohd Arifin merupakan petanda yang baik untuk BN.

“Saya telah mendengar sendiri penjelasan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kimanis dan disokong oleh sayapnya termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yang mahukan ketiga-tiga tokoh ini termasuk Anifah dikekalkan sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

“Sebagai bapa angkat kepada Umno Bahagian Kimanis, saya akan memaklumkan perkara ini kepada Presiden Umno,” katanya.

Mengenai isu nasional yang dibangkitkan pembangkang di kawasan itu, Md Isa berkata isu nasional termasuk kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak mendapat sambutan.

“Saya lihat isu yang ada kaitan kehadiran pendatang asing yang datang secara tidak sah perlu diberi perhatian dan saya yakin kerajaan Persekutuan dapat memperhalusi isu ini terutama seruan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI),” katanya.

Md Isa turut meminta sayap pemuda dan puteri Umno supaya melipatgandakan usaha untuk menambat hati pengundi baru, sekaligus membantu BN mencapai kemenangan. (BERNAMA)

Leave a comment

Category: BERITA SEMASA

Umno Bahagian mahu tiga wakil rakyat di kawasan Parlimen Kimanis dikekal

Writing by admin on Tuesday, 7 of February , 2012 at 2:44 pm

7th February, 2012BONGAWAN: Umno Bahagian Kimanis mahu ketiga-tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) daripada par- ti itu di kawasan Parlimen Kimanis dikekalkan bertan- ding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Setiausaha Umno bahagian itu, Haji Salleh Abd Wahid, berkata Jawatankuasa Umno Bahagian itu mahu mereka dipilih semula untuk bertanding kerana masih di- perlukan oleh parti dan rakyat di kawasan itu.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu, ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Am- an yang juga Menteri Luar dan Ketua Umno Bahagian Kimanis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan, Datuk Karim Bujang dan Adun Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kimanis.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat sempena lawatan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu ke Pejabat Umno Bahagian Kimanis di sini, kelmarin.

Md Isa yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno merupakan ‘Bapa Angkat’ ke- pada Umno Bahagian Kimanis. Katanya, khidmat ketiga- tiga mereka sebagai wakil rakyat di kawasan itu masih diperlukan dan mereka perlu dikekal dan dipilih semula bertanding pada PRUke-13.

Dalam pada itu, beliau berkata, Umno Bahagian Kimanis mempunyai 262 ca- wangan yang berdaftar dengan jumlah ahli lebih 6,000 orang dan masih terdapat ramai ahli baru yang ingin mendaftar.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai hasrat Umno Kimanis itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu berkata, ianya merupakan satu sokongan padu yang cukup kuat daripada Umno bahagian itu terhadap ketiga-tiga wakil rak- yat yang ada di kawasan itu.

“Sungguhpun saya tidak dapat membuat keputusan mengenainya, tetapi saya akan menyampaikan hasrat bahagian ini (Kimanis) kepada Presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat itu.

“Nampaknya perpaduan di bahagian ini tidak retak dalam memberikan sokongan kepada wakil rakyat yang sedia ada,” katanya.

Ditanya mengenai laporan akhbar sebelum ini bahawa kononnya adanya ahli Umno di bahagian itu yang mahu Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman ditukar pada pilihan raya umum da- tang,

Md Isa berkata, apa yang penting bukan sama ada anak tempatan atau tidak tetapi yang penting ialah sumbangan dan perkhidmatan yang boleh disumbangkan oleh wakil rakyat itu.

“Kesannya dari segi per- khidmatan itu cukup penting jangan tengok dari segi anak tempatan atau bukan anak tempatan di kawasan itu.

“Nampaknya dalam perjumpaan saya tadi dengan Umno Bahagian ini (Kimanis) mereka masih menyokong dan memerlukan perkhidmatan ketiga-tiga wakil rakyat mereka (Anifah, Karim dan Mohd Arifin) serta mendapat sokongan Jawatankuasa Umno Bahagian termasuk sayap parti, Wanita, Pemuda dan juga Puteri Umno Bahagian,” katanya. (NEW SABAH TIMES)

Leave a comment

Category: BERITA SEMASA

Kelab Reakreasi Dan Kebudayaan Kimanis dan pertubuhan NGO belia sekitar Mukim Kimanis ingin menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Anifah Hj. Aman

Writing by admin on Monday, 6 of February , 2012 at 11:15 am

KIMANIS : Kelab Reakreasi Dan Kebudayaan Kimanis dan pertubuhan NGO belia sekitar Mukim Kimanis ingin menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Anifah Hj. Aman dan mahukan agar beliau terus dikekalkan sebagai calon BN Parlimen Kimanis pada PRU ke-13 nanti.

Pertubuhan Belia dan NGO Sekitar Mukim Kimanis menzahirkan komitmen untuk berdiri teguh di sisi ketua bahgaian Umno P.176 Kimanis , Datuk Seri Anifah Hj.Aman  yang diasak dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan tidak berasas kebelakangan ini.

Bagi para belia berasa dukacita dan kesal di atas kenyataan oleh beberapa individu yang bergelar pemimpin di kawasan P.176 Kimanis yang mahukan agar Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Anifah Hj. Aman ditukar dan tidak lagi dicalonkan bagi mewakili BN Parlimen Kimanis pada PRU ke-13.

Tindakan beberapa individu yang bergelar pemimpin tidak bersetuju terbabit jelas menunjukkan sikap kepimpinan yang tidak boleh di ikuti oleh golongan belia kerana  mengenepikan etika dan budaya UMNO.

Bagi belia dan beliawanis dalam kawasan P.176 Kimanis Beliau merupakan seorang pemimpin yang telah banyak membawa perubahan kepada pembangunan.Anifah sentiasa berusaha memberi perhatian kepada golongan belia di Kawasan Kimanis melalui pelbagi inisiatif.

Sepanjang mentadbir Kawasan Kimanis , para belia Nampak Anifah berpuas hati dengan kejayaan para belia dan  banyak lagi pembangunan belia yang perlu di usahakan dan agenda mensejahterakan belia tetap menjadi fokus utama.

Menurut aktivis belia En Iraril Hj Ibrahim , Kepemimpinan adalah suatu seni. Untuk itu pemimpin perlu mengenal watak orang-orang yang dipimpinnya. Dari situlah dia dapat memainkan seni kepemimpinan dengan mengadakan pendekatan-pendekatan tertentu secara individu dan secara kelompok mengetahui bahawa sikap manusia itu berpunca daripada kepentingan diri. Maka apabila pemimpin pandai memainkan seninya, menyentuh kepentingan orang-orang yang dipimpinnya, dia akan mendapat reaksi yang baik seperti mana kepimpinan yang di tunjukan oleh Anifah selama ini.

Leave a comment

Category: BERITA SEMASA

Sokongan penuh terhadap kepimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Anifah Hj. Aman

Writing by admin on Thursday, 2 of February , 2012 at 8:03 pm

Yusuf Minin bagi pihak semua Ketua Pusat Dearah Mengundi (KPDM) Barisan Nasional Parlimen  Kimanis ingin menyatakan rasa dukacita dan kesal di atas kenyataan oleh beberapa individu yang telah disiarkan melalui akhbar tempatan baru-baru ini yang mahukan agar Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Anifah Hj. Aman ditukar dan tidak lagi dicalonkan bagi mewakili BN Parlimen Kimanis pada PRU ke-13.

Kami yang mewakili suara majoriti rakyat di Daerah Mengundi Parlimen Kimanis ingin menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Anifah Hj. Aman dan mahukan agar beliau terus dikekalkan sebagai calon BN Parlimen Kimanis pada PRU ke-13 nanti.

Beliau merupakan seorang pemimpin yang telah banyak membawa perubahan kepada pembangunan di Parlimen Kimanis seperti kewujudan SOGT dan lain-lain pembangunan insfrastruktur. Pendek kata jasa dan usaha beliau untuk membangunkan kawasan Kimanis sememangnya tidak boleh disangkal dan beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai ahli Parlimen Kimanis.

Tindakan beberapa individu terbabit jelas menunjukkan sikap yang tidak matang melainkan mengenepikan etika dan budaya UMNO. Membuat kain rentang bagi menunjukkan rasa tidak bersetuju dengan pemimpin adalah satu sikap kebudak-budakan.

Pihak terbabit harus sedar dan faham bahawa UMNO mempunyai formula dan kaedah tersendiri bagi menetapkan siapa calon untuk mewakili BN dalam sebarang pilihanraya. Percayalah bahawa apa yang telah dilakukan oleh mereka itu sebenarnya tidak membantu untuk menjamin keutuhan BN dalam menghadapi PRU akan datang.

Justeru, saya bagi pihak semua KPDM Parlimen Kimanis merayu agar ahli UMNO khasnya dan seluruh rakyat Kimanis amnya tidak akan terpengaruh dengan tindakan segelintir mereka yang hanya meruntuhkan perpaduan yang sedia ada. Perbuatan segelintir pihak terbabit sebenarnya lebih kepada memperjuangkan kepentingan peribadi dan hanya merugikan parti dan perkara ini tidak perlu dilayan oleh parti dan rakyat di Parlimen Kimanis.

Sementara itu Ketua Daerah Bongawan Pg Haji Mohd Yassin Pg Ali berkata bahawa Datuk Seri Anifah sememangnya mempunyai sokongat akar umbi yang kuat di samping seorang pemimpin yang sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Ketua Daerah Pusat Mengundi Pimping, Roslan Shah Ali juga turut kecewa terhadap segelintir ahli umno yang cuba mempertikai tentang kelayakan Datuk Seri Anifah sebagai calon BN pada PRU akan datang. Soal isu anak tempatan tidak harus timbul memandangkan beliau sudah cukup diterima oleh rakyat di Membakut dan Bongawan.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Kimanis, Mohd Saidin Ibrahim berkata kepimpinan Datuk Seri Anifah sudah terbukti membawa banyak kemajuan terhadap Bongawan, justeru pihak-pihak yang mempertikai beliau seharusnya sedar bahawa Kimanis mempunyai masa depan yang cerah di bawah kepimpinannya.

Leave a comment

Category: BERITA SEMASA

Penduduk Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang dijangka nikmati limpahan ekonomi projek Petronas

Writing by admin on Thursday, 22 of December , 2011 at 6:52 am

PAPAR: Berikutan pelaburan besar Petronas di Sabah, ribuan penduduk tempatan yang tinggal di sepanjang jalur Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang dijangka menikmati limpahan ekonomi dari projek Petronas.

Sehubungan itu, para pemilik tanah, khususnya yang tinggal di sepanjang jalur itu dinasihati menukar hak milik tanah anak negeri kepada tanah komersil atau lot perindustrian “di mana yang mungkin” bagi mengambil kesempatan dari ledakan industri minyak dan gas itu.

Bendahari Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (SBCC), Roselan Johar Mohamed berkata, langkah itu akan membolehkan mereka menggunakan hak milik tanah masing-masing sebagai “bahagian masing-masing menggantikan modal bagi menyertai perkongsian perniagaan dengan pihak yang berniaga dengan Petronas”.

“Ini adalah satu cara untuk mendapatkan pendedahan atau pengalaman melakukan perniagaan dengan Petronas, yang penting di kawasan Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang.”

“Kecenderungan positifnya berbanding dengan kuasa berbelanja akan menyediakan pemangkin yang besar bagi menghasilkan lebih banyak limpahan yang termasuk mewujudkan rakyat yang menghargai konsep satu Malaysia,” katanya kepada Bernama di sini.

Syarikat minyak negara, Petronas telah memutuskan untuk melaksanakan projek minyak dan gas hiliran dan huluan, yang melibatkan pelaburan modal yang disatukan sebanyak RM45 bilion, dan ini termasuk termasuk Terminal Minyak Gas Sabah, Kilang Gas Menggunakan Kuasa Ammonia Kimanis dan Projek Kilang Urea di Sipitang.

Roselan, yang juga Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (Cawangan Sabah), berkata, dengan pertambahan penduduk di kawasan Kimanis dan Sipitang, akan mendorong kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan.

“Sekolah, hospital dan klinik baharu perlu dibina. Sektor swasta pastinya akan mencari jalan untuk mendapatkan lebih banyak kontrak dan mewujudkan kedai dan cawagan perincitan yang lain.

“Saya pasti kesemua bank dan syarikat insurans yang utama kini sedang mencari tapak yang positif bagi mewujudkan cawangan masing-masing di Kimanis dan Sipitang.

“Rakyat Sabah dan Malaysia yang bersyukur tidak sepatutnya menukar kerajaan apabila mereka hampir mencapai apa yang diingini,” katanya.

Di segi pengangkutan laut, Roselan berkata seorang tokoh industri perkapalan Sabah, berkata pelabuhan di Sabah akan turut menyaksikan peningkatan bilangan kapal ke pelabuhan masing-masing.

“Jabatan Marin dan Polis Marin, polis dan pasukan keselamatan yang lain juga kemungkinan membuka pejabat baharu di Kimanis dan Sipitang bagi menguatkuasakan undang-undang.

“Dalam tempoh 10 tahun akan datang, penduduk Kimanis dijangka meningkat 10 kali atau lebih, di mana dewan kita menjangka tarif kuasa akan diturunkan bagi membolehkan Sabah menarik pemain industri yang lain,” katanya.

Roselan berkata, ini penting bagi Sabah kerana Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman kini turut memberi penekanan pada proses perindustrian.

“Musa berkata perindustrian baik bagi perniagaan eksport kita di mana melalui usaha mengeksport, wang akan memasuki negeri ini. Ini, sekaligus akan mencatatkan imbangan pembayaran yang positif,” katanya, yang memetik kata-kata Musa.

Leave a comment

Category: BERITA SEMASA

Majlis Sambutan Krismas Bersama PETRONAS

Writing by admin on Wednesday, 21 of December , 2011 at 1:36 pm

PAPAR: Lebih kurang 300 penduduk disekitar Kg. Penampang Baru, Ulu Kimanis termasuk kanak-kanak hadir ke majlis sambutan Krismas bersama PETRONAS baru-baru ini. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Projek Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT), En. Noor Ilias Mohd Idris. Dalam ucapan beliau, sambutan ini adalah yang pertama kali diadakan oleh projek SOGT sempena perayaan hari Krismas yang akan menjelang tidak lama lagi. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa majlis seumpama ini adalah bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan merapatkan hubungan baik diantara Petronas dengan penduduk Kg. Penampang Baru. Beliau juga percaya bahawa dengan kehadirannya projek SOGT ini akan sedikit sebanyak akan membawa perubahan positif bagi penghidupan penduduk disini.

Dalam majlis tersebut, PETRONAS menyumbangkan barangan keperluan harian termasuk beras, biskut, gula dan lain-lain keperluan lain kepada 80 orang penduduk yang terdiri daripada warga emas, pesakit, orang kurang upaya dan ibu tunggal sebagai hadiah Krismas pada tahun ini. Disamping itu, PETRONAS turut memberi sumbangan kepada pelajar cemerlang kepada adik Betsy Bernard yang telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pemberian hadiah tersebut juga adalah sebagai dorongan kepada kanak-kanak yang lain untuk turut berusaha bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang.

YB Datuk Karim Hj. Bujang, ADUN N23 Bongawan yang telah dijemput hadir sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan majlis tersebut turut memberikan ucapan dimana beliau menyokong hasrat PETRONAS yang ingin mendekati masyarakat sekitar dengan mengadakan majlis-majlis perayaan seumpama ini. Beliau turut menyatakan kehadiran PETRONAS ke Kimanis sememangnya dijangka akan membawa perubahan ekonomi yang besar khasnya kepada penduduk Kimanis dan Negeri Sabah amnya.

Ketua Kampung Kg. Penampang Baru, Puan Vianney Mooi di dalam teks ucapannya menyatakan bahawa beliau tidak menjangka PETRONAS memilih kampung dibawah jagaannya sebagai penerima hadiah krismas pada tahun ini. Pemberian hadiah Krismas kepada penduduk-penduduk dikampungnya amat bernilai sekali dimana ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan para penerima pada musim perayaan ini. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada penyelaras majlis yang terdiri daripada pengurus dan pegawai dari Alliance Integrated Team (AIT) yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Leave a comment

Category: BERITA SEMASA

musa2ok3IMG_0322IMG_0319Ikan pais juga jadi pilihanpelbagai juadah di jual di bazar papar